Bahaya bermain Meriam Tanah Meriam_Tanah

Sebagaimana bahan letupan yang lain, meriam Tanah boleh mendatangkan kecederaan sekiranya berlaku kegagalan pada batang paip atau tin yang digunakan bagi menahan letupan yang terhasil. Hal ini menjadikan ia tidak dapat dijangka. Letupan inilah yang berbahaya kerana serpihan besi atau bahan api yang mungkin akan terpercik dan menyebabkan kelecuran dan kecacatan kekal pada muka dan anggota badan akibat letupan tadi.

Selain itu terdapat bahaya daripada sisa karbaid yang berasid dan mampu menipiskan kulit yang terdedah dan juga wapnya mengancam paru-paru sekiranya dihidu untuk tempoh yang lama. Selain itu, terdapat bahaya melecur terkena api karbaid, dan juga bahaya ketika berlaku letupan terlewat. Bahaya letupan lewat berlaku apabila pemain cuba memeriksa meriam yang tidak meletup selepas dicucuh, lantas meriam meletup ketika mereka sedang melihat ke dalam meriam.